SYARAT-SYARAT PENGEDAR

SYARAT-SYARAT PENGEDAR LURVEY DUVEY

Permohonan adalah dibuka kepada individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi  Pengedar Rasmi koleksi Lurvey Duvey di pasaran Malaysia.

Pengedar akan di bahagikan kepada kategori dan jumlah modal seperti dibawah ini :


BIL KATEGORI PENGEDAR JUMLAH MODAL SYARAT LIPUTAN KADAR  MARGIN KEUNTUNGAN SYARAT STOK
1 Pengedar Negeri RM5,000.00 Bertanggungjawab bagi edaran di dalam negeri yang telah ditetapkan. Menjadi pembekal kepada Pengedar Daerah 30 hingga 50 peratus  mengikut jenis stok Kadar pulangan stok ialah 20% jika tidak habis dijual dalam tempoh 90 hari.
2 Pengedar Daerah RM3,000.00 Bertanggungjawab bagi edaran di dalam daerah yang telah ditetapkan. Menjadi Pengedar kepada peruncit dan pengedar kecil-kecil di dalam daerah yang sama. 20 hingga 30 peratus mengikut jenis stok Kadar pulangan stok ialah 10% jika tidak habis dijual dalam tempoh 90 hari.
3 Pengedar Mobile RM1000.00 Bebas menjual melalui saluran runcit dan internet. 8 hingga 10 peratus mengikut jenis stok Tiada pulangan stok jika tidak habis dijual

BEKALAN  STOK
  1. Pengedar akan menerima bekalan stok bersamaan dengan jumlah modal mengikut komposisi  jenis-jenis stok yang dikeluarkan.
  2. Kuantiti bekalan stok adalah berdasarkan kombinasi stok mengikut jenis, corak dan jumlah harga bertepatan dengan jumlah yang dibayar.
  3. Bekalan stok akan diterima selepas 3 hari bekerja dari tarikh bayaran penuh di buat.
  4. Kos Penghantaran kepada pengedar dalam Semenanjung Malaysia sahaja akan di tanggung oleh Lurvey Duvey Resources.
  5. Kos Penghantaran ke tempat-tempat lain akan ditanggung sendiri oleh Pengedar.
  6. Bekalan stok juga boleh diambil sendiri di  stor kami di Blok B-13-4, Kondominium Danau Murni, Jalan 1/109F, Taman Danau Desa, 58100 Kuala Lumpur.
  7. Tiada sebarang penambahan caj atau rebat harga sekiranya bekalan stok diambil sendiri oleh Pengedar.
  8. Kombinasi rekabentuk (Design), corak dan warna stok yang dibekalkan boleh dipilih oleh Pengedar, namun harus mengikuti komposisi saiz yang telah ditetapkan oleh syarikat.
HARGA JUALAN
  1. Pihak Lurvey Duvey Resources hanya akan memaparkan Harga Jualan di laman web atau katalog.
  2. Pengedar diminta merujuk kepada senarai harga yang telah dibekalkan atau menghubungi pihak syarikat dengan mengemukakan Kod Item untuk mendapatkan Harga Belian sebagai Pengedar Negeri/Daerah/Mobile sebelum membuat pesanan.
PROMOSI
  1. Pihak Lurvey Duvey Resources dari masa kesemasa akan mengadakan promosi dan iklan di laman web, media cetak dan media elektronik.
  2. Pihak Pengedar berhak membuat promosi dan pengiklanan dengan kos mereka sendiri.
  3. Lurvey Duvey Resources boleh mengadakan promosi dan iklan bersama Pengedar dan perbincangan lanjut amat dialu-alukan.
PEMULANGAN  STOK
  1. Stok-stok yang tidak habis di jual selepas 90 hari boleh dipulangkan semula dalam keadaan baik pada kadar 10% - 20% mengikut kategori pengedar sahaja kecuali pakej pengedar kecil-kecilan.
  2. Gantian stok yang tidak habis dijual adalah dalam bentuk stok.
  3. Gantian dalam bentuk wang tunai tidak akan dibuat.

Saya bersetuju untuk menjadi Pengedar NEGERI / DAERAH / MOBILE seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan diatas.

Nama Penuh : ______________________________________________ No. KP : ________________
Alamat Penghantaran : ________________________________________________________________
Nombor Telefon Bimbit : _____________________ No. Telefon Rumah / Pejabat __________________
Alamat Email : _______________________________ Laman Web / Blog : _______________________
Bersama-sama ini diserta bayaran sebanyak : RM ___________________ untuk tujuan diatas.


Tandatangan Pengedar  : _____________________________    TARIKH : _______________________